Apa yang aku BUAT
ini???!!!!!!!!!!!!
Ya ALLAH…aku tidak tahu apa yang telah aku buat untuk kali ini…aku
BEREMOSI…duduk di dalam bilik...bersendirian sambil membuat NUKILAN-NUKILAN ini
buat Sahabat Tersayang….bersulankan air mata….terasa HANGAT….
Sebak…
Dikala aku berbicara dengan PENA…hanya seakan-akan dia sahaja
yang mengerti isi hati aku sekarang…aku tidak pandai bercakap..untuk aku
meluahkan sesuatu kepada seseorang melainkan aku betul-betul selesa dan yakin
untuk bercakap…
Masa…
Dikala ini, aku merasakan aku sudah tiada masa untuk bercakap
dengan mereka…oleh itu aku biarkan sahaja PENA berbicara kepada mereka…dengan
harapan mereka mengerti apa-apa yang cuba hendak aku sampaikan…dikala jam
menunjukkan tepat pukul 4.30 pagi…aku masih gigih siapkan NUKILAN WASIAT
terakhir aku…mungkinkah ia warkah TERAKHIRku buat mereka????...hanya ALLAH yang
tahu…
Berkemas…
Dipagi hari ini juga, aku masih belum habis mengemas…entah
kenapa kaki terasa berat utuk bergerak..tangan terasa malas untuk menyimpan
pakaian dan masukkan ke dalam bagasi…adakah aku perlu tinggal lama di bumi Tanjung
Malim ini???..Ya ALLAH permudahkan segalanya…aku mahukan aku pulang dengan hati
yang riang gembira…dikala orang lain sibuk ber’packing’ aku masih xbuat apa-apa…
Sayang…
Sayangnya aku pada insan-insan yang pernah membuat aku gembira,
menangis, ketawa, sedih, sakit hati dan marah….aku pasti akan rindu kamu semua…tidak
mengapa…perpisahan yang SEMENTARA…sem depan jumpa lagi kan???...kan???...betul
la kan???...itupun jika diizinkan Tuhan
untuk aku meneruskan tugas sebagai mahasiswa UPSI….
--Ya ALLAH—
Berikan kelancaran kepada aku untuk pulang ke pangkuan Ummi dan
Abah..aku mahu mendapatkan jiwa yang baru..mendapatkan hati yang baru…agar hati
yang baru itu lebih tabah..lebih kukuh..lebih kuat…walaupun dibadai pelbagai
macam RINTANGAN…aku mahukan itu..hanya itu…fahamilahh!!!!!!...tolong...
AKU BUTUH HATI DAN JIWA BARU!!!!!!!!!!!!
BUATMU SAHABAT, TEMAN, KAWAN










