Salah
satu tabiat saya ialah saya pantang kalu apabila saya telefon orang itu tetapi
orang itu tidak angkat. Memang saya faham kalu panggilan saya itu tidak dijawab
itu mungkin ada orang itu masalah atau tidak dapat menjawab panggilan saya pada
waktu tersebut. Namun begitu tidak salah menghantar sekeping mesej agar saya
tahu kenapa dan mengapa panggilan saya tidak dijawab.
Saya lebih suka jika
apabila saya telefon tidak dapat kemudian orang yang saya telefon itu menelefon
saya semula. Tetapi orang itu tidak memberi apa-apa respon sehingga
berhari-hari. Wal hal, dia tahu saya kerap telefon dia malah menghantar mesej
dalam kotak mesej dalam muka buku namun masih tidak mendapat apa-apa respon.
Saya sangat pantang. Bagi saya, apa-apa yang saya telefon, itu adalah perkara
yang mustahak. Jika tidak saya tidak akan menghabiskan kredit saya dengan
menelefon seseorang itu.
Oleh sebab pentinglah saya cuba, cuba dan cuba
berhubung dengan orang tersebut namun tidak pernah dilayan. Andai saya mahu
meminta pertolongan dikala waktu genting, saya rasa saya akan MATI di situ juga
kerana sikap anda, anda dan anda. Kalau ‘makwe’ atau ‘pakwe’ telefon cepat saja
jawab. Tapi bile kawan-kawan telefon haram mahu dijawabnya. Telefon sentiasa
ditangan tetapi berat nak tekan dan menjawab panggilan saya itu…SYABAS buat
anda!!!!!!!!!!!!!!!