Wednesday, September 18, 2013

Nukilan Semester Baharu

Semester Baharu….

Aku sendiri tidak sedar bahawa sudah semester 5 di UPSI…ini menandakan masih ada satu tahun setengah lagi sebelum aku menamatkan pengajian di bumi Malim ini…untuk sem ini jugak..banyak jugak la koleksi aku yang semakin bertambah…bagi aku, ia satu asset bagi aku agar berkeyakinan semasa berhadapan dengan kawan-kawan…tapi apa-apa pun sem ini juga aku dapat roommate baru…=)


Keadaan bilik…kena tambah wardrobe sebab tak muat nak simpan baju-baju….











                      Inilah kehidupan aku di semester 5…huhuhhuhuh…..

Monday, June 17, 2013

NuKiLaN bUaTmU SaHaBaT.....

Apa yang aku BUAT ini???!!!!!!!!!!!!

Ya ALLAH…aku tidak tahu apa yang telah aku buat untuk kali ini…aku BEREMOSI…duduk di dalam bilik...bersendirian sambil membuat NUKILAN-NUKILAN ini buat Sahabat Tersayang….bersulankan air mata….terasa HANGAT….

Sebak…
Dikala aku berbicara dengan PENA…hanya seakan-akan dia sahaja yang mengerti isi hati aku sekarang…aku tidak pandai bercakap..untuk aku meluahkan sesuatu kepada seseorang melainkan aku betul-betul selesa dan yakin untuk bercakap…

Masa…
Dikala ini, aku merasakan aku sudah tiada masa untuk bercakap dengan mereka…oleh itu aku biarkan sahaja PENA berbicara kepada mereka…dengan harapan mereka mengerti apa-apa yang cuba hendak aku sampaikan…dikala jam menunjukkan tepat pukul 4.30 pagi…aku masih gigih siapkan NUKILAN WASIAT terakhir aku…mungkinkah ia warkah TERAKHIRku buat mereka????...hanya ALLAH yang tahu…

Berkemas…
Dipagi hari ini juga, aku masih belum habis mengemas…entah kenapa kaki terasa berat utuk bergerak..tangan terasa malas untuk menyimpan pakaian dan masukkan ke dalam bagasi…adakah aku perlu tinggal lama di bumi Tanjung Malim ini???..Ya ALLAH permudahkan segalanya…aku mahukan aku pulang dengan hati yang riang gembira…dikala orang lain sibuk ber’packing’ aku masih xbuat apa-apa…

Sayang…
Sayangnya aku pada insan-insan yang pernah membuat aku gembira, menangis, ketawa, sedih, sakit hati dan marah….aku pasti akan rindu kamu semua…tidak mengapa…perpisahan yang SEMENTARA…sem depan jumpa lagi kan???...kan???...betul la kan???...itupun  jika diizinkan Tuhan untuk aku meneruskan tugas sebagai mahasiswa UPSI….


--Ya ALLAH—

Berikan kelancaran kepada aku untuk pulang ke pangkuan Ummi dan Abah..aku mahu mendapatkan jiwa yang baru..mendapatkan hati yang baru…agar hati yang baru itu lebih tabah..lebih kukuh..lebih kuat…walaupun dibadai pelbagai macam RINTANGAN…aku mahukan itu..hanya itu…fahamilahh!!!!!!...tolong...

AKU BUTUH HATI DAN JIWA BARU!!!!!!!!!!!!




                                BUATMU SAHABAT, TEMAN, KAWAN

Thursday, June 13, 2013

MaNuSiA BiAsA!!!!!!!!!!

Lihatlah AKU…

--LIHAT—

Apa yang ada pada diri ini???...apa yang membuatkan diri ini ISTIMEWA??...aku sendiri tidak tahu…aku sendiri tidak kenal siapa diri aku yang sebenarnya…..

--MUHASABAH—

Aku yang seorang yang biasa-biasa tetapi punya keinginan yang LUAR BIASA….pandanglah aku dengan kaca mata HATI….bukan dengan nafsu serakah…aku tidak layak diagung-agungkan..hanya Dia yang Maha Satu sahaja yang layak diagung-agungkan…

--MENUTUP CELA—


Aku hanya seorang HIPOKRIT…menutup masalah dengan SENYUMAN yang paling manis, paling TERGODA…demi siapa???..untuk apa???...semua adalah buat yang TERSAYANG….



HiLaNg!!!!!!!!!...DiMaNaKaH???????

Baru aku SEDAR….

Tiada apa yang aku mahu tulis…semua sudah aku LEPASKAN…tiada apa-apa yang penting lagi..

--TERESAK-ESAK--

Ya ALLAH…apakah tanda semua ini…sehingga aku sendiri tiada perasaan….
Dikala ini…air mataku yang menemani aku….


HANYA ITU…!!!!!!!!!!!!!



Saturday, June 8, 2013

kAgUm!!!!!!!!

Bismillahirahmanirrahim….

Entah kenapa entry kali ni asyik nak menceritakan tentang manusia berjiwa besar ini….

--TERUJA—

Inilah perasaan aq ketika ni apabila menulis al-kisah berkaitan dengan beliau..seorang wanita RANAP…seorang teman yang selalu sabar dengan bermacam-macam dugaan…kenapa BAHAGIS bukan miliknya???...bukan macam tu sayang….BAHAGIAmu masih belum timbul..tersimpan rapi dalam perancanganNYA…seorang wanita yang RANAP akibat pelbagai rintangan dan perakus-perakus Duniawi yang merakus,melenyet,mematahkan setiap tulang-temulang KEBAHAGIAAN yang didambakan….

Ya ALLAH kuatnya si Hawa yang KAU ciptakan ini…
--Bercita-cita menjadi guru BAHASA…katanya kalu ad peluang nak sambung MASTER n phD..insyaALLAH..itulah impian kami….

--Kalau xdt jd cikgu…dia nak jadi PEMBACA PEMBERITA pula..katanya lahh…memang tidak dinafikan beliau mempunyai kemahiran SOFT SKILLS yang tinggi..kagum…ini kalu dibuang di astro ke rasa makan hati Pak Nil sebab RATING penonton pasti tinggi bila sesuatu rancangan dikendalikan oleh beliau…insyaALLAH sayang…semoga segala yang didambakan menjadi suatu REALITI… <3

--impian mendengar panggilan BONDA, UMMI, MAMA, IBU—
Setiap wanita pasti nak cepat-cepat kawin dan timang cahaya mata yang CHOMEL-CHOMEL…itulah beliau…tak sabar-sabar nak kawin katanya…buat awak pulak MR. ‘X’..cepat-cepat masuk minang…kalau tak saya nak masuk…hehehe….insyaALLAH semua akan baik-baik sahaja…tingga sunggu impiannya….KAGUM…


--K.A.G.U.M--


StAy StRoNg!!!!!!!!!!!!!

Cukup Sempurna bagi As….

TERUSKAN sayang…awk terlalu perfect, gojes n beautiful….NOTED!!!!


<3


Monday, June 3, 2013

KiSaH aKu, DiA dAn CuDbUrY.....

Bismillahirahmanirrahim…
Dengan namaMU Ya ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang….

Aku, Dia dan Cudbury
Itulah yang boleh yang tulis untuk entry kali ni….dikala waktu menunjukkan pukul 1.15 minit ptg…tika itu lah aku, dia dan Cudbury…duduk bersama…semacam tiada pa yang berlaku….alhamdulillah….COOL katanya…

Namun semua ini tidak berpanjangan…jika tengah hari pun boleh hujan inikan pula situasa aku, dia dan Cik Cudbury…sampai cair sudah dibuatnya..kan Cik Cudbury????...sian awk..sampai aku dan dia tidak BERNAFSU untuk menyentuhmu….

Tika itu..detik itu…bagaikan kami bertiga sahaja yang berada ketika itu….hanya AKU, DIA dan CUDBURY!!!!!!

--setelah semua dijelaskan—
Tidak putus “maafkan saya Asnawi”…..tidak pernah putus…sehinggakan aku kaku dan tidak mampu berkata apa-apa…mulut ku bagai dikunci dengan mangga tembaga yang beratnya MASYAALLAH…
Tangan aku bagai digari..kakiku bagai dipasak ke bumi….apa yang BERLAKU???

Hanya air jernih jatuh ke dalam pinggan nasi yang berminyak dek kami selepas makan ketika itu….Ya ALLAH….itu sahaja yang mampu aku lakukan….namun Dia tetap COOL…..tabik spring lahh!!!!!!!!!!!

Diwaktu itu juga mende yang aku xpernah fikir TERJADI??..biarlah..aku rasa biarlah hanya Aku, Dia dan Cik Cudbury yang tahu….lillahitaala…aku tidak pernah terfikir itu yang akan aku rasa…dia rasa…SAKIT….sangat- sangat SAKIT!!!!!!!!!!


--kini hanya RAHSIA—

                            
                               Itulah kuatnya penangan Cik CUDBURY….<3

Sunday, June 2, 2013

BiLa SeBaK

Disetiap sudut kurangnya diri ini…
Dikala KENAKALAN aku yang lagi over daripada orang lain….
Dikala KEMANJALAN aku yang opstimistik daripada orang lain….
Dikala KEKECEWAAN aku yang bombastik daripada orang lain…
Dikala KEHINAAN aku yang lagi superb daripada orang lain….
Dikala itu juga kamu sentiasa ada bersama….tidak kira..susah senang..pahit maung…
Semua dikongsi bersama…

Fadilah Hashim a.k.a Deel Hashim –-


RaTu HaTiKu selepas UMMI 

ingat x saat ni..saya kene TAHAN kat wad...thanx tau....uhukk2....




Budak2 MMK suka panggil ‘Ebu’..inilah dia…seorang wanita yang SUPERB, AWESOME, AMAZING,
Tidak tahu aku nak gambarkan dia mcm mana…terlalu sempurna…CUKUP sempurna….

Semoga BAHAGIA milikmu sayang…!!!!
Separuh JIWA aq bersamamu..jika HILANG kamu…HILANG lah separuh JIWA ku..ingat tuhhh…jaga baik!!!
Lillahitaala…..sayang kamu ketat2!!!!!!!!


Ini pula my BBF….dari sem satu sehingga sekarang…selalu bersama…banyak kenangan bersama…huhu…
Boleh dikatakan semua kelas pasti ada kami….SAYANG my BBF aku sorang ni…selalu ada dikala apa jua keadaan…
Dah tahu kan..tengok muka pun org dah boleh agak…betapa SEGAK, KACAK…maaf…aku sendiri xboleh lawan dia sorang ni…
--Ramai peminat ni…&)*^&^%^*&*….0ppssss!!!!

--SHAH AFFENDY JAFRI-- 




Yang cantik molek ni my BFF..kami sebenarnya dah lama kenal…mengikat ikatan suci untuk jadi Best Prenz Poever katanya..hahahha……
Semua kawan2 saya COMEL…MELETOPPSSS!....huhuhu..saya ja yang tidak seberapa..kihkihkih….

-- ATIRAH MOHD RIDUAN--




Ok lahh….nanti pula saya meng ‘update’ ye…jum solat….then study…. <3 <3 <3 

**andai UMUR As xpanjang..ingatlah...anda semua selalu dalam HATI ini,...sampai bila2 pun...lillahitaala...

JuMpA lAgI...iNsYaAlLaH...

Bismilahirrahmanirrahim….

Ya Tuhanku….
KAU ampunilah segala dosa-dosaku…
Dosa kedua ibu bapa ku sendiri…
Dosa keluargaku…

Aku memohon kepadaMU …
Berikan kekuatan untuk kali ini..untuk aku terus kuat meneruskan kehidupanku…
Sebagai MAHASISWA UPSI….
Aku impikan 4 rata untuk sem ni..namun jika ini ujianMU kepadaku…
Aku takut ia bukan milikku….

Ya ALLAH…
Kuatkan aku..walaupun aku tidak menelan sebutir nasi pun..KAU kuatkan aku dengan air wudukMU….
Tiada apa yang aku pinta…berikan kebahagiaan kepada insan-insan yang aku sayang….
Mereka telah banyak bersusah-payah demi aku…
KAU berikan kekuatan yang ckup kepada insan yang aku menyebut namanya tadi…
Hanya KAU yang dengar apa-apa yang rintihan hatiku….

Berikan KEBAHAGIAAN kepadanya…jika nyawa aku perlu ditukar ganti aku sanggup…
Dia sudah penat menderita..berilah sedikit kebahagian kepadanya…

Untuk malam ini aku menelan 4biji ubat tahan sakit…kepalaku seperti mahu dihantuk ke dinding…beratnya kepalaku…KAU sembuhkan aku….hanya KAU yang mampu mengubatinya…aminnn…

Andai hari esok bukan hari aku lagi…KAU sampaikan salamku kepadanya…sesungguhnya AKU SAYANGKAN DIA….semoga hari-hari esok membuatnya lebih baik…

Saturday, June 1, 2013

Uj!An BuAtKU!!!!!!!!!

Untuk NAFAS kali ini….

BERDEGUP KENCANG!!!!!!!!......aku takut…takut…!!!!!!!!!!!
Ya ALLAH…dengan apa-apa yang telah terjadi pada aku…aku sangat takut….takut untuk kehilangan lagi…tolong bantu aku…tolong pimpin aku agar aku jadi kuat seperti aku dan kamu dahulu…

--GELISAH—
Ustaz Husairi meminta aku membaca surah Al-Insyirah beserta dengan makna…aku takut…semua benda yang aku buat tidak manjadi..aku hilang fokus…setiap saat hanya kamu yang aku fikir..kuatnya penangan daripada KAMU!!!!!!!!...

Untuk kali ini sebutir nasi tidak aku jamah….bukan nak berdiet…NAFSUku xmembenarkan aku menyentuhnya…jika diletak, dihias dgn pelbagai lauk didalam pinggan, di touch-up dengan sayur-sayur yang berwarna warni di dalam pinggan, aku tetap tidak BERNAFSU….

Apakah DUGAAN yang KAU berikan kepadaku wahai TUHANku….aku sendiri tidak mengerti dengan apa-apa yang ENGKAU berikan kepada aku…sesungguhnya lemahnya aku ni adalah selemah-lemah makhlukMU…




Friday, May 31, 2013

AKU PUNYA HATI

Sakit…
Sakit yang selama ni aku tidak pernah rasakan….

Sehingga sekarang satu biji nasi pun aku sentuh….dah masuk 3 hari…aku tiada NAFSU untuk menyentuhnya…walaupun sebutir…walaupun telah dipaksa dan dimarahi oleh housemate aku tetap dengan penderian aku….

KERAS BETUL HATI kau Asnawi….

Sejak hari itu, aku langsung putus harapan.. Entah kenapa baru sekarang aku mulai sedar bahawa dia adalah insan yang sangat bermakna bagi aku.. Jika dulu aku selalu main-main dalam semua hal. Tidak kira soal hati dan perasaan atau soal pelajaran…

KECEWA…

Itu yang aku rasa saat ni…Beruntung dia telah ketemu hidup dia yang sebenarnya…Sehingga sekarang aku tidak tahau dari mana aku mahu mula… “Aku terlalu sayang kamu”..tapi apa gunanya sekarang kerana dia telah memilikimu…jauh lebih HEBAT dari aku…

UMMI dan ABAH….

Tika saat inilah terasa ingin mendakap insane tersayang..menceritakan segalanya apa-apa yang terjadi…perlukan sokongan mereka..perlu bersemangat kembali…aku kini seperti LUMPUH…lumpuh dalam kata-kata semalam..andai aku ada masa…aku mahu memilihmu….bukan hanya untuk kali ini tetapi untuk selamanya…

**Aku Terlambat…Sudah Terlambat…

HATI KU telah lumpuh..separuh jiwaku hancur…dimamah KEBAHAGIAANmu…..


Thursday, April 25, 2013

BISMILLAHIRAHMA NIRRAHIM.....=)


Sayang-sayangKU





Alhamdulillah…semua sudah selesai untuk tugasan Kursus Sosiolinguistik…
Apa-apa pun sekarang fokus pada kursus lain pula. Banyak betl tugasan untuk semester ini. Harap dipermudahkan segalanya. <3
Walauapa pun jadi…bilik perlu sentiasa kemas. Jangan bagi alasan tiada masa untuk menghias bilik sebab banyak tugasan. Kita dikurniakan 24 jam sehari. Jadi gunalah sebaik-baiknya….=)

Monday, April 8, 2013

SeCeBiS sEnYuMaN yAnG bErMaKnA


           Syukur Alhamdulillah. Sudah kenyang dibuatnya. Dalam keasyikan saya meng’update’ blog tidak sangka ada yang sedang membaca blog saya. Tanpa disedari ada orang yang sedang membaca blog saya dari bahagian belakang. Tidak mengapalah, blogkan untuk umum. Tidak kisah pun. Setidak-tidaknya ada yang sudi baca. Terima kasih kakak si baju merah jambu itu. Beredar sambil memberi sedikit senyuman. Itulah kebiasaannya yang saya buat sebagai tanda perkenalan. Tidak kisah la kenal atau tidak. Yang penting senyum. Betul tidak???,….huhuhu…

MaLuNyE



Nampak tak KeMaLuAn saya disitu...jangan disalah ertikan....=)

          Alahai kenapalah harini banyak sungguh yang terjadi. Tadi langgar orang kat pasar malam. Sekarang tersepak kaki orang yang duduk di atas kerusi pula. Malunya As, macam-macam jadi hari ini. Situasi ini bagaikan mengerti dan mahu As penuhi situasi ini sebagai tugasan As didalam blog. Kali ini As terlanggar kaki Pak Cik. Tidak sangka orang yang As langgar itu adalah kawan Encik Abah. Kawan sekerja abah. Apa lagi, panjang lak mereka bercerita. Malu As dibuatnya. Bila dah tahu As ni anak Encik Abah, kawan abah itu tanya macam-macam. Macam dah hendak dibuat menantu olehnya. Sudahlah ada anak perempuannya disitu. Tidak mengapa lah. Senyum dan mengyakan sahaja.

DiNnEr LaH


          Tadi baru sahaja lepas makan juadah yang dibeli di pasar malam. Terasa kenyang lagi. Tapi bagi mengambil syarat datang ke restoran ini As memesan The Special Papadelle Sandwishes dan Banana Shake. Sambil-sambil meng’update’ blog bolehlah As menjamu selera bersama keluarga. Sebenarnya As suka datang ke restoran ini. Suasana yang selesa. Seperti berada di rumah. As sudut tamu, sudut meja makan. Bagaikan berada di rumah dengan suasana yang hening dengan cahaya samar-samar lampu neon. Membangkit suasana malam detik ini.



SUKENYA AYEEEE :)


Memandang kat rumah saya tiada capaian internet. Jadi Puan Umi dan Encik Abah ajak As dan adik pergi ke restoran Pappardelle. Kat sini As sempat mengbaharui blog. Alhamdulillah sebab Allah memberi kemudahan dan kelancaran kepada As untuk menyiapkan tugasan  Dr Saniah yang telah lama tertunggak. Syukur kepadaMu. Terima kasih Puan Umi dan Encik Abah. 

Berkatnya BERKONGSI


Ok. Sekarang adalah sesi menjamu juadah yang dibeli di pasar malam. Seronok sekali-sekala makan ramai-ramai terutama bersama keluarga tersayang. Makan di atas lantai sambil bersila. Alangkah indahnya apabila kami semua duduk bersama-sama. Berkongsi juadah sedikit seorang semata-mata hanya untuk mengalas perut pada malam hari ini. Alhamdulillah berkat rezeki dariMu ya ALLAH…..

Coconut SHAKE punyer fasal!!!!!!!


          Ok. Baru balik dari pasar malam. Tidak sangka sesuatu telah berlaku di sana. Malu ada, nak ketawa pun ada. Dalam perjalanan membeli juadah bersama keluarga. Air ‘coconut shake’ yang As beli tertmpah dan terkena baju As sendiri. Akibat terlalu ‘koya’ berjalan-jalan tanpa melihat orang dihadapan. Mata ini asyik melihat juadah dikiri dan kanan As saja. Orang yang As langgar itu adalah seorang pemuda tampan. Malu rasa. Mula-mula ingat pemuda itu akan marah tapi dia pula membantu As. Sudahlah ia berlaku ditengah orang ramai. Malu rasa.   
          Tapi Alhamdulillah sebab tiada apa yang berlaku. Sebenarnya As bimbang takut mengotorkan baju orang yang As langgar itu. Apa-apa pun inilah kenangan yang memalukan bagi As. As hanya mampu meminta maaf daripada abang itu sebab dah terlanggar dia dan dia hanya tersenyum dan menyatakan ‘its ok dan tidak ada apa-apa yang perlu dimaafkan’. Pengajarannya, mata harus melihat ke hadapan ketika berjalan.….. J

Best...


Arini ada pasar malam kat bandar Kemaman. Biasa bila dah balik Kemaman, As xkan lepaskan peluang menjelajah ke pasar malam walaupun berseorangan. Bukan apa, mahu mencari juadah untuk kami sekeluarga. Biasanya juadah yang biasa dibeli adalah apam balik, laksa buyung, kerepok lekor goreng, dan kebab. Itu adalah juadah yang biasa dibeli. Bagi As tidak elok membeli dengan berlebihan. Cukuplah sedikit dan yang pasti tidak membazir. insyaALLAH malam ini akan ke Pasar Malam sekejap.

DeMaM Teruk!!!!!!!!


Alhamdulillah...

          Cakap orang sakit itu penghapus dosa-dosa. Aishh.. baru jew balik ke Kemaman sudah sakit-sakit. Bukan sakit teruk, cuma demam dan selesema. Mungkin perubahan dan peralihan iklim dari bumi Tanjung Malim kepada iklim di bumi Kemaman. Malam nanti nak ke klinik la sekejap. Ambil ubat dan nak jumpa dengan doktor. Bimbang juga kalua demam mengejut ini. Almaklumlah bimbang demam lain. Nauzubillahimin zalik. Doakan As cepat sihat ok???.....


POYOSSS!!!!!!!!!.. =P

            Tadi petang pergi jalan-jalan dengan Umi kat kedai. Tiba-tiba datang seorang wanita. Wanita yang umurnya dalam lingkungan 40-an. Dia menanyakan As ni datang dari mana?. As cakap lah yang As ni dari Kemaman. Balik cuti. Wanita itu hanye mengangguk. Ada ke patut wanita itu cakap As ni macam artis. Kacak dan penampilan menarik kata wanita itu. Hahahaa…masa tu rasa malu sangat. Sebab wanita itu cakap kuat. Mesti ada orang dengar. Tapi pada masa itu As hanya senyum pada wanita itu. Aishh..motif sangat wanita itu datang tanya macam itu kat As. Kan???... Apa-apa pun kalau boleh As nak jadi semua. Kata orang hidup Cuma sekali. Jadi jom kita ‘enjoy’. POYO sangat kan?????.......

Jadi ISTERI jappp...


Alhamdulillah selesai juga memasak dengan Umi. Seronok sangat. Dah lama tidak masuk dapur dengan Puan Umi. Juadah makan tengah hari ini ialah ikan barat masak merah, ikan aye masak asam, kukus ikan selar (untuk Encik Abah), hilam ikan masin dan ulam-ulaman (kacang botol, pucuk ubi. Dicicah pula bersama budu. Perghh…pembakar selera tu. Alhamdulillah semua lauk yang di masak sudah habis ‘dikerjakan’…. 

CAHAYA MATAKU




Suara anak kecil. Suara kanak-kanak bergaduh kadang-kadang menggamit minat As untuk turut sama-sama menjerit bersama mereka. Puan Umi merupakan pengasuh sampingan. Jadi kadang-kadang kebingitan suara si kecil membuatkan kita sedikit tenang di samping melihat gelagat mereka terutama si cilik yang baru mula untuk berjalan. Alhamdulillah setakat ini Umi mampu menjaga tiga orang budak kecil. Dzulhaq, Dzaquan dan Nur Qalisya Amani. Memandangkan adik-adik As sudah besar dan bersekolah. Peneman Puan Umi dirumah dalah mereka bertiga. Seronok sangat melihat gelagat mereka bertiga. Terima kasih ALLAH atas kurniaan rezeki buat kami sekeluarga.


CHOMELnyer my CHOMEL....


          Meluangkan masa bersama. Itulah yang As akan buat semasa cuti ini. Bagi mengubat rindu dihati yang sekian lama terpendam. Rindu dengan haiwan peliharaan, my CHOMEL. Kucing yang sangat comel, ikan peliharaan, dan sepasang hamster. Rindunya hendak bermain dengan semua ini. Namun sekarang semua ada di depan mata. Jadi sekarang lah masanya untuk bersama mereka di samping meluangkan masa dengan keluarga tersayang. Setiap orang perlukan orang tersayang sentiasa disisi kita. Begitu juga As. Terasa tidak keruan apabila berada di rumah sendiri. Terasa hilang sejenak masalah berkaitan dengan ‘assignments’ dan masalah di universiti.

RATU HATIKU...SELAMANYA....


         Sifat pembersih, sukakan kekemasan serta kecantikkan rupa-rupanya saya warisi daripada Puan Umi tersayang. Beliau seorang wanita gigih walaupun banyak kerja rumah yang perlu dibereskan. Namun, beliau tetap mempunyai masa untuk menata hias rumah disetiap sudut agar sesuai dengan cita rasanya. Kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu, tidak menghalangnya untuk member sedikit masa untuk bermanja dengan tanamannya. 

          Umi suka menanam pokok-pokok bunga. Boleh dikatakan setiap sudut halaman rumah, umi lah yang susun atas nasihat As juga. Umi bukan sahaja pandai dalam bab-bab yang disebut. Tetapi pandai memasak juga. Pelbagai hidangan yang umi boleh masak. Ada satu ketika As n adik-adik memberi pendapat agar umi buka warung depan rumah. Menjual masakan panas atau apa-apa jenis lauk tetapi umi tidak mahu. Katanya takut tidak sempat untuk urus rumah tangga dan adik-adik. Apa-apa pun masakan umi lah paling best!!!!!!!!!!!!...sayang Puan Umi….<3


MeNcIkK!!!!!!!!!!!


           Salah satu tabiat saya ialah saya pantang kalu apabila saya telefon orang itu tetapi orang itu tidak angkat. Memang saya faham kalu panggilan saya itu tidak dijawab itu mungkin ada orang itu masalah atau tidak dapat menjawab panggilan saya pada waktu tersebut. Namun begitu tidak salah menghantar sekeping mesej agar saya tahu kenapa dan mengapa panggilan saya tidak dijawab. 

          Saya lebih suka jika apabila saya telefon tidak dapat kemudian orang yang saya telefon itu menelefon saya semula. Tetapi orang itu tidak memberi apa-apa respon sehingga berhari-hari. Wal hal, dia tahu saya kerap telefon dia malah menghantar mesej dalam kotak mesej dalam muka buku namun masih tidak mendapat apa-apa respon. Saya sangat pantang. Bagi saya, apa-apa yang saya telefon, itu adalah perkara yang mustahak. Jika tidak saya tidak akan menghabiskan kredit saya dengan menelefon seseorang itu. 

          Oleh sebab pentinglah saya cuba, cuba dan cuba berhubung dengan orang tersebut namun tidak pernah dilayan. Andai saya mahu meminta pertolongan dikala waktu genting, saya rasa saya akan MATI di situ juga kerana sikap anda, anda dan anda. Kalau ‘makwe’ atau ‘pakwe’ telefon cepat saja jawab. Tapi bile kawan-kawan telefon haram mahu dijawabnya. Telefon sentiasa ditangan tetapi berat nak tekan dan menjawab panggilan saya itu…SYABAS buat anda!!!!!!!!!!!!!!!

Asnawi Ahmad VS Randy Pangalila..kuikuikui


MODEL????!!!!!!!!!!!




Hahahha….terasa mahu gelak bila As ditanya seperti sedemikian. Memang tidak dinafikan bahawa As suka bergambar sejak kecil lagi. Pantang ada kamera mesti nak ‘posing’. Namun kalu dahulunya saya seorang yang berbadan besar, dan segan untuk bergambar. Tetapi sekarang As lebih selesa untuk berhadapan dengan kamera. Kalau diberi peluang, boleh sahaja As nak jadi model. Kata orang sambil menyelam minum air. Walau bagaimanapun, As tahu ia tidak sesuai bagi As. Bukan apa, masih banyak yang perlu dipelajari dari segi penampilan dan cara untuk ‘posing’. Namun andai ada rezeki, As mahu menjadi contoh model buat guru-guru agar tahu cara berpakaian dengan betul. Almaklumlah, guru sekarang cara berpakaian mengikut arus zaman. Oleh itu, mereka harus tahu berpakaian agar sesuai dengn profesion mereka sebagai pendidik…J


JuM Balik KEMAMANG!!!


Alhamdulillah

Tepat pada pukul 4.30 pagi hari Sabtu bersamaan 5 haribulan April. Setelah hampir enam jam perjalanan ditempuh untuk pulang ke kampung halaman iaitu di Kemaman, Terengganu dari Tanjung Malim. Perasaan tersangatlah gembira apabila diambang kegembiraan apabila ingin pulang ke kampung halaman. Perasaan gembira yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Almaklumlah hampir 2 bulan tidak ketemu dan bersua muka dengan Encik Abah dan Puan Umi yang tercinta serta adik-adik yang dikasihi. Gurauan dan senda menjadi kerinduan buat Along dibumi Tanjung Malim. Apabila jejak sahaja kaki di bumi Kemaman, angin padi bersama embun bagai menyambut kepulangan diri ini. Namun, syukur ke hadrat Ilahi kerana selamat sampai ke kampung halaman dengan selamat. Natijahnya, kesabaran dan kerinduan As untuk pulang ke kampung halaman telah menjadi realiti.

Thursday, March 28, 2013

Al-Fatihah....Rindu dan Doaku selalu bersamamu.....


MERINDUIMU SETIAP MASA…
\
Bismillahirrahma nirrahim….
Entah kenapa malam ini teringat kepada insane yang boleh dikatakan rapat. Allahyarham MARZUKI BIN MOHAMED. Pemergian beliau pada 21 Disember 2012 mengejutkan kami semua. Yang paling terasa adalah saya sendiri kerana tidak dapat melihat wajah arwah buat terakhir kalinya disebabkan waktu peperiksaan di UPSI yang semakin hampir. Saya sangat terkilan. Apakan daya jarak antara Terengganu dan Perak yang jauh menyukarkan lagi. Hal ini kerana Wan(opah) kami mahu jenazah dikafankan dengan segera.
Beliau yang merupakan adik kepada ummi saya dan merupakan anak bonus kepada Wan saya. Umur yang baru mencecah 28 tahun di samping baru mendirikan rumah tangga awl tahun 2012. Pemergian beliau seperti sesuatu yang berlaku dengan pantas. Beliau tidak mempunyai penyakit apa-apa. Namun hayatnya berakhir bermula dengan beliau jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Pada waktu itu juga, doktor telah mengesahkan beliau sudah ‘tiada’. Tepat jam 5 pagi 21 Disember itu, As mendapat panggilan telefon daripada angah yang nada suaranya dalam keadaan yng sebak. As memang sudah tidak sedap hati. Namun ALLAH lebih mengasihi beliau. Pemergian beliau dengan keadaan yang tenang tanpa sakit atau disabitkan apa-apa. Alhamdulillah. Mudahnya pemergian beliau.
Sungguh terasa dengan pemergian beliau. Bagi As beliau seorang Pak Su yang sangat rapat dengan anak-anak buahnya. Perwatakan yang mudah bergaul, melawak serta serba boleh membuat kami semua merindunya. Tidak sangka genap 3 bulan pemergian beliau. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Thursday, March 21, 2013

WaLaWeEyHh!!!!!!!!!!


ANTARA ‘ASSINGMENT’ dan ‘HOMEWORK’.

Bismillahirahmanirrahim….

Alhamdulillah dapat juga malam ni nak update blog walaupun sekarang terlalu banyak ‘assingment’ yang perlu dilaksanakan. Walaupun sibuk As cuba untuk luang sedikit masa untuk diari As ini. Bercakap pasal tugasan, kini dah masuk minggu ke-5, sudah pasti setiap subjek yang diambil telah diberikan tugasan oleh para pensyarah. Berbeza sungguh semsa belajar di sekolah dahulu. Jika dahulu, guru-guru banyak membantu As dalam segala masalah tidak kira masalah dalam pelajaran shinggalah kepada masalah peribadi. Rindunya As pada guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan sehingga As berjaya sehingga sekarang.

          Dahulu, guru banyak menghabiskan masa bersama As di sekolah. Jika tidak faham dalam sesuatu subjek As akan ke rumah guru-guru yang berkenaan untuk bertanyakan sesuatu yang terlibat dalam pelajaran. Daripada itulah, hubungan As sebagai anak murid menjadi akrab dengan guru-guru. Tidak kisahlah dahulu As yang paling ‘happy go lucky’. Selalu bising dalam kelas. Bukan bising dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah tetapi bising  dan sibuk dengan menyuarakan pendapat. Biasanya kerja rumah atau ‘homework’ yang diberikan guru pasti As siapkan awal jika ada sisa-sisa masa di sekolah.

          Namun, kini bila di universiti, bila disuruh menyiapkan ‘assingment’ selalu sahaja tangguh. As sendiri pun tidak tahu apa puncanya. Mungkin persekitaran yang mempengaruhi semua ini. Jika dahulu disekolah, As ada orang yang membuat As berlumba-lumba untuk lebih darinya. Maksudnya, As akan berlumba-lumba mendapat markah yang tinggi dan tempat pertama dalam kelas. Tetapi bila di universiti, As tiada siapa-siapa yang boleh dijadikan As pembakar semangat untuk berlumba-lumba. Mungkin perlu mencari dan bukannya menunggu. Selain itu, interaksi antara kawan-kawan di sekolah sangat lain dengan interaksi kawan-kawan di universiti. Mungkin terselit SEJUTA hikmah yang As sendiri tidak tahu.…

Saturday, March 16, 2013

Si Itik yang HODOH dgn Si Angsa yang CANTIK....



Assalamualaikum dan salan sejahtera, salam BITARA.


Alhamdulillah dalam kesibukan pun As nak cuba update my blog..Tentu ada yang terkejut melihat gambar di atas kan????....percaya atau tidak inilah diri As dahulu dan sekarnag. Betul, itulah saya yang selalu dicaci, dihina dan dicemuh akibat bentuk fizikal saya. Bukan senang nak hadapi semua ini tapi As kene yakin bahawa As perlu berubah demi diri sendiri. Jujur As cakap. As xpernah makan apa-apa suplemen untu badan tidak kira kologen, vitamin dan sebagainya. As xpernah kenal pun semua itu, As bukanlah dari keluarga yang senang untuk membeli produk-produk yang mahal yang kini mencecah ratusan ringgit.Apa yang As buat adalah yakin dan bertawakal dengan usaha yang As buat. Sampailah sekarang.

     Dahulu saya merupakan seorang budak yang beratnya hampir 90kg..Seorang budak yang selalu berpeluh, kuat makan, dan xpernah fikir makanan yang dia As ambil itu betul dan berguna atau tidak untuk tubuh badan. Namun akibat stress dengan badan macam itu As tekat untuk berubah. Ditambah pula dengan cacian dan cemuhan orang. Jadi tiada apa yang As mampu lakukan. Cuma hanya berdoa akan usaha yang dilakukan mendatangkan hasil. Namun, alhamdulillah semua usaha mendapat kesan positif.

     Tidak hairanlah kalau dahulu As susah nak berfesyen kerana susah untuk mendapatkan saiz baju. As dahulu pakai saiz XL atau L. Namun syukur kini As dah boleh pakai M dan ada sesetengah baju As dah boleh pakai saiz S. Ini merupakan kredit untuk As sendiri.

**satu jew As nk kongsi. Selalu percaya dengan apa-apa yang kita buat. Peduli apa orang sekeliling nak cakap. Yang pasti kita tahu siapa kita. Jadikan segala cacian dan hinaan orang untuk menjadi kita lebih bersemangat.PEMBAKAR SEMANGAT...:)