Thursday, March 28, 2013

Al-Fatihah....Rindu dan Doaku selalu bersamamu.....


MERINDUIMU SETIAP MASA…
\
Bismillahirrahma nirrahim….
Entah kenapa malam ini teringat kepada insane yang boleh dikatakan rapat. Allahyarham MARZUKI BIN MOHAMED. Pemergian beliau pada 21 Disember 2012 mengejutkan kami semua. Yang paling terasa adalah saya sendiri kerana tidak dapat melihat wajah arwah buat terakhir kalinya disebabkan waktu peperiksaan di UPSI yang semakin hampir. Saya sangat terkilan. Apakan daya jarak antara Terengganu dan Perak yang jauh menyukarkan lagi. Hal ini kerana Wan(opah) kami mahu jenazah dikafankan dengan segera.
Beliau yang merupakan adik kepada ummi saya dan merupakan anak bonus kepada Wan saya. Umur yang baru mencecah 28 tahun di samping baru mendirikan rumah tangga awl tahun 2012. Pemergian beliau seperti sesuatu yang berlaku dengan pantas. Beliau tidak mempunyai penyakit apa-apa. Namun hayatnya berakhir bermula dengan beliau jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Pada waktu itu juga, doktor telah mengesahkan beliau sudah ‘tiada’. Tepat jam 5 pagi 21 Disember itu, As mendapat panggilan telefon daripada angah yang nada suaranya dalam keadaan yng sebak. As memang sudah tidak sedap hati. Namun ALLAH lebih mengasihi beliau. Pemergian beliau dengan keadaan yang tenang tanpa sakit atau disabitkan apa-apa. Alhamdulillah. Mudahnya pemergian beliau.
Sungguh terasa dengan pemergian beliau. Bagi As beliau seorang Pak Su yang sangat rapat dengan anak-anak buahnya. Perwatakan yang mudah bergaul, melawak serta serba boleh membuat kami semua merindunya. Tidak sangka genap 3 bulan pemergian beliau. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Thursday, March 21, 2013

WaLaWeEyHh!!!!!!!!!!


ANTARA ‘ASSINGMENT’ dan ‘HOMEWORK’.

Bismillahirahmanirrahim….

Alhamdulillah dapat juga malam ni nak update blog walaupun sekarang terlalu banyak ‘assingment’ yang perlu dilaksanakan. Walaupun sibuk As cuba untuk luang sedikit masa untuk diari As ini. Bercakap pasal tugasan, kini dah masuk minggu ke-5, sudah pasti setiap subjek yang diambil telah diberikan tugasan oleh para pensyarah. Berbeza sungguh semsa belajar di sekolah dahulu. Jika dahulu, guru-guru banyak membantu As dalam segala masalah tidak kira masalah dalam pelajaran shinggalah kepada masalah peribadi. Rindunya As pada guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan sehingga As berjaya sehingga sekarang.

          Dahulu, guru banyak menghabiskan masa bersama As di sekolah. Jika tidak faham dalam sesuatu subjek As akan ke rumah guru-guru yang berkenaan untuk bertanyakan sesuatu yang terlibat dalam pelajaran. Daripada itulah, hubungan As sebagai anak murid menjadi akrab dengan guru-guru. Tidak kisahlah dahulu As yang paling ‘happy go lucky’. Selalu bising dalam kelas. Bukan bising dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak berfaedah tetapi bising  dan sibuk dengan menyuarakan pendapat. Biasanya kerja rumah atau ‘homework’ yang diberikan guru pasti As siapkan awal jika ada sisa-sisa masa di sekolah.

          Namun, kini bila di universiti, bila disuruh menyiapkan ‘assingment’ selalu sahaja tangguh. As sendiri pun tidak tahu apa puncanya. Mungkin persekitaran yang mempengaruhi semua ini. Jika dahulu disekolah, As ada orang yang membuat As berlumba-lumba untuk lebih darinya. Maksudnya, As akan berlumba-lumba mendapat markah yang tinggi dan tempat pertama dalam kelas. Tetapi bila di universiti, As tiada siapa-siapa yang boleh dijadikan As pembakar semangat untuk berlumba-lumba. Mungkin perlu mencari dan bukannya menunggu. Selain itu, interaksi antara kawan-kawan di sekolah sangat lain dengan interaksi kawan-kawan di universiti. Mungkin terselit SEJUTA hikmah yang As sendiri tidak tahu.…

Saturday, March 16, 2013

Si Itik yang HODOH dgn Si Angsa yang CANTIK....



Assalamualaikum dan salan sejahtera, salam BITARA.


Alhamdulillah dalam kesibukan pun As nak cuba update my blog..Tentu ada yang terkejut melihat gambar di atas kan????....percaya atau tidak inilah diri As dahulu dan sekarnag. Betul, itulah saya yang selalu dicaci, dihina dan dicemuh akibat bentuk fizikal saya. Bukan senang nak hadapi semua ini tapi As kene yakin bahawa As perlu berubah demi diri sendiri. Jujur As cakap. As xpernah makan apa-apa suplemen untu badan tidak kira kologen, vitamin dan sebagainya. As xpernah kenal pun semua itu, As bukanlah dari keluarga yang senang untuk membeli produk-produk yang mahal yang kini mencecah ratusan ringgit.Apa yang As buat adalah yakin dan bertawakal dengan usaha yang As buat. Sampailah sekarang.

     Dahulu saya merupakan seorang budak yang beratnya hampir 90kg..Seorang budak yang selalu berpeluh, kuat makan, dan xpernah fikir makanan yang dia As ambil itu betul dan berguna atau tidak untuk tubuh badan. Namun akibat stress dengan badan macam itu As tekat untuk berubah. Ditambah pula dengan cacian dan cemuhan orang. Jadi tiada apa yang As mampu lakukan. Cuma hanya berdoa akan usaha yang dilakukan mendatangkan hasil. Namun, alhamdulillah semua usaha mendapat kesan positif.

     Tidak hairanlah kalau dahulu As susah nak berfesyen kerana susah untuk mendapatkan saiz baju. As dahulu pakai saiz XL atau L. Namun syukur kini As dah boleh pakai M dan ada sesetengah baju As dah boleh pakai saiz S. Ini merupakan kredit untuk As sendiri.

**satu jew As nk kongsi. Selalu percaya dengan apa-apa yang kita buat. Peduli apa orang sekeliling nak cakap. Yang pasti kita tahu siapa kita. Jadikan segala cacian dan hinaan orang untuk menjadi kita lebih bersemangat.PEMBAKAR SEMANGAT...:)

Friday, March 8, 2013

sayang Dr. Siti Saniah....BEST!!!!!!!!

Bismillahirahma nirrahim....alhamdulillah selesai kelas sosiolinguistik tadi..

Kami telah dikuliahkan berkenaan perbandingan bidang Sosiolinguistik dengan bidang Sosiologi Bahasa. Dalam kuliah tersebut pelbagai persoalan yang telah ditanya oleh pensyarah kesayangan kami yang selalu "happining". Tiap kali kelas kalu nama ASNAWI tidak dipanggil pasti tidak lengkap proses P&P kami. Hahahaha...perasan sudah As...:)

Semasa sesi perbincangan dan lontaran pendapat. Perkara yang kami semua tidak tahu menjadi tahu. Betul cakap pepatah. Lagi banyak kita bertanya lagi banyak benda baharu yang kita tahu kerana "malu bertanya sesat jalan". Kami dikuliahkan berkaitan dengan tajuk yang telah As sebutkan di atas. Kemudian pensyarah kami bertanyakan tentang apakah yang dimaksudkan dengan "dialek sosial". Huhhuhuhu....

Apa yang kami faham adalah 'dialek sosial ini adalah dialek yang kita biasa menggunakan dalam percakapan dan diterima ramai. Contohnya pelajar lelaki bercakap dengan kawan lelakinya mesti ada pangilan seperti 'bro', 'der', 'boh', 'gu' dan lain-lain. Bila kami memberi tahu kata ganti nama tersebut mengikut dialek sosial kami sebagai golongan muda, pensyarah kami kebingunggan. Hal ini kerana, beliau tidak tahu kod yang kami gunakan bagi menggantikan panggilan atau kata ganti nama.

Berbeza dengan wanita, kalau dalam kelas As mereka bahasakan diri orang yang mereka bercakap adalah 'sis' dan 'YUNK'...hahahah..Itu pun pensyarah kami berkerut dahi..aduii..Sabar saja.....

Namun, semasa kelas ptg td kami semua sangat 'enjoy'. seronok sangat-sangat. Almaklumlah kelas petang, mata jadi nak pijam jew. Tapi bila kami semua bergelak ketawa, rasa mengantuk hilang. Best sangat kelas kami tadi...As sayg anda semua...SPORTING kottsss!!!!!!!!!!!.....:)

Thursday, March 7, 2013

PERBAYU...dihatiku


Perjumpaan ahli-ahli PERBAYU bersama KJ


Alamak...Lupa nak cerita pasal perjumpaan bersama Ketua Jabatan semalam...maaf...


Belum apa-apa posing dahulu...(sesi pendaftaran)

Alhamdulillah...semalam satu perjumpaan mahasiswa-mahasiswa ISMP Bahasa Melayu bersama Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan, Yang Berbahagia Dr. Dahlia Janan. Program yang berlangsung hampir 3 jam itu telah banyak memberikan peluang kepada para pelajar iaitu dari semester 2, 4, 6 dan 8. Program yang berlangsung di Dewan Kolej Za'ba itu di adakan bagi memberi peluang untuk para pelajar melontar segala persoalan yang dari dahulu mengganggu di kotak fikiran mereka. Di sana juga, KJ sendiri yang menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh para pelajar.

Program ini dilihat sangat-sangat berkesan kerana para pelajar secara tidak langsung diberi pendedahan dengan situasi sebenar yang mungkin mereka tidak tahu kenapa dan apa yang pihak fakulti lakukan demi menjaga kebajikan pelajar. Banyak juga penambahanbaikan akan dilaksanakan di samping pelbagai masalah dapat diselesaikan nanti..

     InsyaALLAH....<3

HIDUP MAHASISWA UPSI

Rutin KEHIDUPAN sebagai mahasiswa UPSI


Hahahah...betul-betul lawak bila ad yang cakap "As, ni bilik orang bujang ke orang dah berkahwin?".....realitinya, inilah saya...<3


MEJA BELAJAR....<3

Cantik kamar saya?. Kawan suka datang kat bilik saya terutamanya untuk belajar bersama-sama. Situasi ini dapat dilihat ketika musim peperiksaan hampir tiba. Saya sangat suka bila kawan-kawan datang. Rumah kami dan bilik saya sentiasa terbuka untuk menerima tetamu.
Bagi yang telah lama mengenali saya mereka akan tahu apa yang saya suka atau sebaliknya..heheheh...


Alhamdulillah semester ini saya dan kawan-kawan duduk di luar. Bermakna kami sudah tidak tinggal di dalam kolej. Bukan tidak suka tetapi saya tidak suka dengan sebilangan rakan yang tidak pentingkan kebersihan dan kekemasan. Memang kalu dilihat kamar saya pun orang ramai akan tahu macam mane perangai saya walaupun tidak mengenali saya.

Betul!!!!!!!!!.Ini lah saya. Seorang yang sangat cerewet tentang kebersihan dan kekemasan. Ada yang cakap saya macam budak perempuan sebab dekorasi bilik saya lebih dari budak perempuan..hahaha...apa yang saya boleh buat hanya menggeleng kepala. saya seorang yang sistematik. Tidak suka pandang sesuatu dengan remeh-temeh.

Syukur alhamdulillah sebab sem ini saya tinggal bersama kawan-kawan yang orang cakap satu kepala dengan saya. Mereka sukakan kekemasan, kebersihan, dan sukakan kesempurnaan. Jadi semua ini membuatkan saya tidak tertekan dan selalu berinteraksi dengan mereka dengan perasaan ceria dan gembira...:)

Cukuplah untuk hari ini...nanti saya cerita benda lain pula...

Tuesday, March 5, 2013

Situasi 2

Assalamualaikum w.b.t....pembuka bicara untuk hari ini.....

Alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus bernyawa serta menjalani hari-hari sebagai seorang mahasiswa UPSI. As sebenarnya sampai sekarang macam tidak percaya kerana telah masuk universiti yang telah diidamkan selama ini. Apa yang As harapkan adalah menggunakan peluang yang ada di bumi "Ibu Kandung Suluh Budiman" ini sebaik mungkin. Peduli apa-apa orang cakap tentang diri As. Apa yang penting sekarang adalah membalas segala penat lelah Puan Umi dan Encik Abah. Kerana mereka, As berdiri disini. alhamdulillah....<3