Diam.
Bila mana
dia diam kau berkata bukan-bukan. Berkata dia sombong. Berlagak bagus. Catwalk.
Tapi pernah kau faham apa yang ada dalam diri dia. Apa yang dialami dia. Pernah
kau duduk ditempat dia. Pernah? Aku tak pernah pun merasa apa yang ada dalam
kepala otal budak itu.
Jadi apa
tugas kita?
Cuba salami
hati daia. Rapatkan diri dengan dia. Supaya dia merasa selesa dek kerana ada
yang ambil berat padanya. Pinjamkan sebentar telinga kita untuk dia. Biarlah cerita
dia ke dalam sekalipun. Ke bukit nun jauh ke puncak sana. Redhakan. Hanya untuk
seketika. Agar terlkuah apa yang dipendam.
Kata-kata.
Bila mana
dia berkata. Kita sanggah dengan kata-kata yang kita pada dasarnya telah
membuatkannya lebih jatuh ke bawah. Bila dia mula berbicara kita tidak pernah
serius. Apa dia masih mahu bersuara lagi??
Dia mahukan
pandangan. Dia mahukan perhatian. Bertanya sesuatu yang dia tidak tahu. Bertanya
sesuatu yang dia ingin ambil tahu. Bukan bermakna mahu sibuk atau menjaga tepi
kain orang. Apa selepas ini dia akan terus bertanya??. Tidak.
Aku yakin
tidak akan pernah. Dia akan terus diam. Pendam. Bila mana satu hari nanti tiada
kata-kata yang kita keluarkan. Pasti sebak memikirkan masalah sebenarnya. Jadi
aku.
Biarlah aku
mendengar isi hati kau teman. Walau seluruh dunia tidak pernah mahu mendengar
kau. Datanglah pada aku. Aku mendengar kau teman. Kemarilah.
Datang pada
yang sudi memeluk eratmu. Merasa kehangatan air matamu. Merasa apa itu yang
telah terbuku lama dalam benak dadamu. Agar terungkai segala beban yang kau
tanggung. Datanglah padaku.
Aku terlalu
sedih. Memikirkan kau. Kerana sama-sama merasai. Dalam dakapan aku sendiri. Terima
kasih.
:’)

No comments:
Post a Comment