Sunday, March 30, 2014

Biarkan gambar BERCERITA. Biarkan.

Kau terlalu ISTIMEWA

Ayah dan ibu…
Ayah dan ibu..
Itulah permulaan kami…
Dapat melihat bulan dan matahari..
Aaa.. ayah dan ibu…
Ayah dan ibulah mesti dihormati…

Tiada kata mampu terungkap. Tiada suara yang mampu dikeluarkan. Tiada isi mahu aku luahkan agar manusia dan alam tahu apa isi hati aku. Aku tiada daya menceritakan semua. Dan adalah malang bagi aku kerana bukan seorang yang suka bercerita. Terutama hal keluarga dan hidup aku.




Biarlah segalanya diceritakan hanya melalui sekeping gambar. Seorang suami, abah dan ketua keluarga yang betul-betul buat aku rasa jatuh di mana dia sedang jatuh dek kerana ujian Allah yang telah diberikanNya kepada kami. Mulanya aku juga yang berhabis-habisan jatuh. Sehingga remuk hancur hati aku nan menunggu untuk pecah seribu. Tapi aku membisik bahawa “aku perlu KUAT!!!!”.
Kuat untuk mereka. Kuat untuk Ummi. Kuat untuk adik-adik.

Disember 2013.
Abah disahkan menghadapi penyakit buah pinggang. Biasalah. Bila mana semua dah lama. Semuanya ada masalah. Begitu juga kereta. Apabila dah lama dipakai ada sahaja yang perlu diservis. Ada yang perlu masuk bengkel. Genap 60 tahun usianya pada bulan Januari 2014 lepas. Ketika di usianya genap 60 tahun, Hospital Sultanah Nur Zahirah, (HSNZ) Kuala Terengganu menjadi saksi tempat aku menghidangkan kek yang istimewa buatnya. Pilu hati bila mana di katil dia memotong kek itu.

Penyakitnya bukan satu. Tapi banyak. Biasalah. Penyakit orang tua. Tapi kami pasrah. Kerana setiap yang sakit ada penawar ubatnya itu. Aku terima. Aku pasti ada ubatnya. Pasti!!!. Apa yang aku mahu adalah inginkan dia kembali pulih. Kembali sihat seperti sedia kala. Supaya kami masih boleh tersenyum. Masih boleh bergelak ketawa. Masih boleh berjalan bersama-sama. Masih boleh berlari bersama-sama. Semua bersama-sama.

Namun kini semua berubah. Bila mana dia hanya mampu berada di atas kerusi roda dan terbaring di atas katil. Aku cuba paksa dia bergerak. Tapi apakan daya. Khudratnya agak terhad. Namun aku yakin bahawa dia akan pulih. Pulih daripada semua. InsyaALLAH.

“Abah, kuatlah. Yakinlah semua kembali sedia kala. Kami semua menanti keajaiban berlaku. Di mana kami mahu abah bangun berdiri di atas kaki sendiri. Berpijak dan merasai setiap butir pasir di bumi Tuhan ini. Bangkitlah. Bangkitlah abahku sayang.”

Berkuatlah. Bertabahlah. Bersabarlah. Bercekallah.
Semua ini ujian. Ujian untuk kita semua.


:’)

2 comments: