Thursday, March 28, 2013

Al-Fatihah....Rindu dan Doaku selalu bersamamu.....


MERINDUIMU SETIAP MASA…
\
Bismillahirrahma nirrahim….
Entah kenapa malam ini teringat kepada insane yang boleh dikatakan rapat. Allahyarham MARZUKI BIN MOHAMED. Pemergian beliau pada 21 Disember 2012 mengejutkan kami semua. Yang paling terasa adalah saya sendiri kerana tidak dapat melihat wajah arwah buat terakhir kalinya disebabkan waktu peperiksaan di UPSI yang semakin hampir. Saya sangat terkilan. Apakan daya jarak antara Terengganu dan Perak yang jauh menyukarkan lagi. Hal ini kerana Wan(opah) kami mahu jenazah dikafankan dengan segera.
Beliau yang merupakan adik kepada ummi saya dan merupakan anak bonus kepada Wan saya. Umur yang baru mencecah 28 tahun di samping baru mendirikan rumah tangga awl tahun 2012. Pemergian beliau seperti sesuatu yang berlaku dengan pantas. Beliau tidak mempunyai penyakit apa-apa. Namun hayatnya berakhir bermula dengan beliau jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri. Pada waktu itu juga, doktor telah mengesahkan beliau sudah ‘tiada’. Tepat jam 5 pagi 21 Disember itu, As mendapat panggilan telefon daripada angah yang nada suaranya dalam keadaan yng sebak. As memang sudah tidak sedap hati. Namun ALLAH lebih mengasihi beliau. Pemergian beliau dengan keadaan yang tenang tanpa sakit atau disabitkan apa-apa. Alhamdulillah. Mudahnya pemergian beliau.
Sungguh terasa dengan pemergian beliau. Bagi As beliau seorang Pak Su yang sangat rapat dengan anak-anak buahnya. Perwatakan yang mudah bergaul, melawak serta serba boleh membuat kami semua merindunya. Tidak sangka genap 3 bulan pemergian beliau. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment