Assalamualaikum dan salan sejahtera, salam BITARA.
Alhamdulillah dalam kesibukan pun As nak cuba update my blog..Tentu ada yang terkejut melihat gambar di atas kan????....percaya atau tidak inilah diri As dahulu dan sekarnag. Betul, itulah saya yang selalu dicaci, dihina dan dicemuh akibat bentuk fizikal saya. Bukan senang nak hadapi semua ini tapi As kene yakin bahawa As perlu berubah demi diri sendiri. Jujur As cakap. As xpernah makan apa-apa suplemen untu badan tidak kira kologen, vitamin dan sebagainya. As xpernah kenal pun semua itu, As bukanlah dari keluarga yang senang untuk membeli produk-produk yang mahal yang kini mencecah ratusan ringgit.Apa yang As buat adalah yakin dan bertawakal dengan usaha yang As buat. Sampailah sekarang.
Dahulu saya merupakan seorang budak yang beratnya hampir 90kg..Seorang budak yang selalu berpeluh, kuat makan, dan xpernah fikir makanan yang dia As ambil itu betul dan berguna atau tidak untuk tubuh badan. Namun akibat stress dengan badan macam itu As tekat untuk berubah. Ditambah pula dengan cacian dan cemuhan orang. Jadi tiada apa yang As mampu lakukan. Cuma hanya berdoa akan usaha yang dilakukan mendatangkan hasil. Namun, alhamdulillah semua usaha mendapat kesan positif.
Tidak hairanlah kalau dahulu As susah nak berfesyen kerana susah untuk mendapatkan saiz baju. As dahulu pakai saiz XL atau L. Namun syukur kini As dah boleh pakai M dan ada sesetengah baju As dah boleh pakai saiz S. Ini merupakan kredit untuk As sendiri.
**satu jew As nk kongsi. Selalu percaya dengan apa-apa yang kita buat. Peduli apa orang sekeliling nak cakap. Yang pasti kita tahu siapa kita. Jadikan segala cacian dan hinaan orang untuk menjadi kita lebih bersemangat.PEMBAKAR SEMANGAT...:)
No comments:
Post a Comment