ANTARA ‘ASSINGMENT’
dan ‘HOMEWORK’.
Bismillahirahmanirrahim….
Alhamdulillah dapat juga malam ni
nak update blog walaupun sekarang terlalu banyak ‘assingment’ yang perlu
dilaksanakan. Walaupun sibuk As cuba untuk luang sedikit masa untuk diari As
ini. Bercakap pasal tugasan, kini dah masuk minggu ke-5, sudah pasti setiap
subjek yang diambil telah diberikan tugasan oleh para pensyarah. Berbeza sungguh
semsa belajar di sekolah dahulu. Jika dahulu, guru-guru banyak membantu As
dalam segala masalah tidak kira masalah dalam pelajaran shinggalah kepada
masalah peribadi. Rindunya As pada guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar
dan dorongan sehingga As berjaya sehingga sekarang.
Dahulu, guru banyak menghabiskan
masa bersama As di sekolah. Jika tidak faham dalam sesuatu subjek As akan ke
rumah guru-guru yang berkenaan untuk bertanyakan sesuatu yang terlibat dalam
pelajaran. Daripada itulah, hubungan As sebagai anak murid menjadi akrab dengan
guru-guru. Tidak kisahlah dahulu As yang paling ‘happy go lucky’. Selalu bising
dalam kelas. Bukan bising dengan gurauan dan perkara-perkara yang tidak
berfaedah tetapi bising dan sibuk dengan
menyuarakan pendapat. Biasanya kerja rumah atau ‘homework’ yang diberikan guru
pasti As siapkan awal jika ada sisa-sisa masa di sekolah.
Namun, kini bila di universiti,
bila disuruh menyiapkan ‘assingment’ selalu sahaja tangguh. As sendiri pun
tidak tahu apa puncanya. Mungkin persekitaran yang mempengaruhi semua ini. Jika
dahulu disekolah, As ada orang yang membuat As berlumba-lumba untuk lebih
darinya. Maksudnya, As akan berlumba-lumba mendapat markah yang tinggi dan
tempat pertama dalam kelas. Tetapi bila di universiti, As tiada siapa-siapa
yang boleh dijadikan As pembakar semangat untuk berlumba-lumba. Mungkin perlu
mencari dan bukannya menunggu. Selain itu, interaksi antara kawan-kawan di
sekolah sangat lain dengan interaksi kawan-kawan di universiti. Mungkin terselit
SEJUTA hikmah yang As sendiri tidak tahu.…
No comments:
Post a Comment