Perjumpaan ahli-ahli
PERBAYU bersama KJ
Alamak...Lupa nak cerita pasal perjumpaan bersama Ketua Jabatan semalam...maaf...
Belum apa-apa posing dahulu...(sesi pendaftaran)
Alhamdulillah...semalam satu perjumpaan mahasiswa-mahasiswa ISMP Bahasa Melayu bersama Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan, Yang Berbahagia Dr. Dahlia Janan. Program yang berlangsung hampir 3 jam itu telah banyak memberikan peluang kepada para pelajar iaitu dari semester 2, 4, 6 dan 8. Program yang berlangsung di Dewan Kolej Za'ba itu di adakan bagi memberi peluang untuk para pelajar melontar segala persoalan yang dari dahulu mengganggu di kotak fikiran mereka. Di sana juga, KJ sendiri yang menjawab semua persoalan yang diutarakan oleh para pelajar.
Program ini dilihat sangat-sangat berkesan kerana para pelajar secara tidak langsung diberi pendedahan dengan situasi sebenar yang mungkin mereka tidak tahu kenapa dan apa yang pihak fakulti lakukan demi menjaga kebajikan pelajar. Banyak juga penambahanbaikan akan dilaksanakan di samping pelbagai masalah dapat diselesaikan nanti..
InsyaALLAH....<3

No comments:
Post a Comment