Monday, April 8, 2013

JuM Balik KEMAMANG!!!


Alhamdulillah

Tepat pada pukul 4.30 pagi hari Sabtu bersamaan 5 haribulan April. Setelah hampir enam jam perjalanan ditempuh untuk pulang ke kampung halaman iaitu di Kemaman, Terengganu dari Tanjung Malim. Perasaan tersangatlah gembira apabila diambang kegembiraan apabila ingin pulang ke kampung halaman. Perasaan gembira yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Almaklumlah hampir 2 bulan tidak ketemu dan bersua muka dengan Encik Abah dan Puan Umi yang tercinta serta adik-adik yang dikasihi. Gurauan dan senda menjadi kerinduan buat Along dibumi Tanjung Malim. Apabila jejak sahaja kaki di bumi Kemaman, angin padi bersama embun bagai menyambut kepulangan diri ini. Namun, syukur ke hadrat Ilahi kerana selamat sampai ke kampung halaman dengan selamat. Natijahnya, kesabaran dan kerinduan As untuk pulang ke kampung halaman telah menjadi realiti.

No comments:

Post a Comment