Sifat
pembersih, sukakan kekemasan serta kecantikkan rupa-rupanya saya warisi
daripada Puan Umi tersayang. Beliau seorang wanita gigih walaupun banyak kerja
rumah yang perlu dibereskan. Namun, beliau tetap mempunyai masa untuk menata
hias rumah disetiap sudut agar sesuai dengan cita rasanya. Kehidupan sebagai
seorang isteri dan ibu, tidak menghalangnya untuk member sedikit masa untuk
bermanja dengan tanamannya.
Umi suka menanam pokok-pokok bunga. Boleh dikatakan
setiap sudut halaman rumah, umi lah yang susun atas nasihat As juga. Umi bukan
sahaja pandai dalam bab-bab yang disebut. Tetapi pandai memasak juga. Pelbagai
hidangan yang umi boleh masak. Ada satu ketika As n adik-adik memberi pendapat
agar umi buka warung depan rumah. Menjual masakan panas atau apa-apa jenis lauk
tetapi umi tidak mahu. Katanya takut tidak sempat untuk urus rumah tangga dan
adik-adik. Apa-apa pun masakan umi lah paling best!!!!!!!!!!!!...sayang Puan
Umi….<3

No comments:
Post a Comment