MODEL????!!!!!!!!!!!
Hahahha….terasa mahu gelak
bila As ditanya seperti sedemikian. Memang tidak dinafikan bahawa As suka
bergambar sejak kecil lagi. Pantang ada kamera mesti nak ‘posing’. Namun kalu
dahulunya saya seorang yang berbadan besar, dan segan untuk bergambar. Tetapi
sekarang As lebih selesa untuk berhadapan dengan kamera. Kalau diberi peluang,
boleh sahaja As nak jadi model. Kata orang sambil menyelam minum air. Walau
bagaimanapun, As tahu ia tidak sesuai bagi As. Bukan apa, masih banyak yang perlu
dipelajari dari segi penampilan dan cara untuk ‘posing’. Namun andai ada
rezeki, As mahu menjadi contoh model buat guru-guru agar tahu cara berpakaian
dengan betul. Almaklumlah, guru sekarang cara berpakaian mengikut arus zaman.
Oleh itu, mereka harus tahu berpakaian agar sesuai dengn profesion mereka
sebagai pendidik…J




No comments:
Post a Comment