Monday, April 8, 2013

MeNcIkK!!!!!!!!!!!


           Salah satu tabiat saya ialah saya pantang kalu apabila saya telefon orang itu tetapi orang itu tidak angkat. Memang saya faham kalu panggilan saya itu tidak dijawab itu mungkin ada orang itu masalah atau tidak dapat menjawab panggilan saya pada waktu tersebut. Namun begitu tidak salah menghantar sekeping mesej agar saya tahu kenapa dan mengapa panggilan saya tidak dijawab. 

          Saya lebih suka jika apabila saya telefon tidak dapat kemudian orang yang saya telefon itu menelefon saya semula. Tetapi orang itu tidak memberi apa-apa respon sehingga berhari-hari. Wal hal, dia tahu saya kerap telefon dia malah menghantar mesej dalam kotak mesej dalam muka buku namun masih tidak mendapat apa-apa respon. Saya sangat pantang. Bagi saya, apa-apa yang saya telefon, itu adalah perkara yang mustahak. Jika tidak saya tidak akan menghabiskan kredit saya dengan menelefon seseorang itu. 

          Oleh sebab pentinglah saya cuba, cuba dan cuba berhubung dengan orang tersebut namun tidak pernah dilayan. Andai saya mahu meminta pertolongan dikala waktu genting, saya rasa saya akan MATI di situ juga kerana sikap anda, anda dan anda. Kalau ‘makwe’ atau ‘pakwe’ telefon cepat saja jawab. Tapi bile kawan-kawan telefon haram mahu dijawabnya. Telefon sentiasa ditangan tetapi berat nak tekan dan menjawab panggilan saya itu…SYABAS buat anda!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment